Wednesday, October 29, 2008

KhaS uNTuk TipaH

Rakan-rakan sekalian,masihkah kamu ingat tentang zaman muda2 mu dulu?
saya ingin sekali berkongsi cerita zaman kanak-kanak si Tipah[bukan nama sebenar] dimana Tipah rasakan agak menarik walaupun saya sendiri merasakan ceritanya tidak menarik langsung..
namun,kerana Tipah sudah berjanji untuk belanja saya makan mekdi seminggu sekali sehingga penghujung semester,maka saya dengan berat hatinya menulis post ini special untuk Tipah..

kata Tipah
masa umur 3 tahun,dia pernah jatuh dari tingkap..alkisahnya,pakcik Tipah yang masih lagi bujang telah ditugaskan oleh emak Tipah untuk menjaga Tipah selama beberapa jam..namun,pakcik Tipah terlalu leka dengan pspnya dan Tipah yang ketika itu sangatlah hiperaktif telah memanjat tingkap yang terbuka luas untuk mengambil angin..setelah 3 jam bermain psp,maka barulah pakcik Tipah menyedari Tipah sudah tiada di sisi..pakcik tipah segera memanggil nama Tipah..pakcik Tipah juga cuba menghubungi handset Tipah,namun tidak berjawab..pakcik Tipah sudah mencari Tipah di seluruh kawasan rumah,di dalam tandas,bawah carpet,dalam tong sampah,dalam almari,di tali ampaian, namun tidak ketemuan juga si Tipah..tiba-tiba,pakcik Tipah tergerak hati untuk menjengok di tingkap rumah yang sebesar pintu almari..pakcik Tipah ternampak Tipah sedang tertiarap di atas tanah..
cerita selanjutnya yang diberitahu oleh Tipah yang diforwardkan dari emak Tipah ialah dia masih lagi hidup dan tidak mengalami apa-apa kecederaan dalaman ataupun luaran..[nasib baik la Tipah]

kata Tipah lagi
parut terkena kapak semasa umur 6 tahun masih lagi ada di jari telunjuk Tipah.alkisahnya,emak Tipah nak masak gulai ayam,maka santan amatlah diperlukan..maka ayah Tipah yang merupakan seorang suami mithali segera mencari buah kelapa.kata Tipah,emaknya tak pernah menggunakan santan segera sebab kata emak Tipah nanti tak sedap masakan.akhirnya ayah Tipah berjaya mencari sebiji buah kelapa yang tiba-tiba jatuh tergolek dari mana entah.dengan machonye ayah Tipah mengambil sebilah kapak dan membotakkan buah kelapa tadi..tiba-tiba ayah Tipah mendengar seruan dan meninggalkan buah kelapa yang separuh botak tadi.Tipah yang berasa bertanggungjawab untuk membantu ibu bapanya segera mengambil kapak tadi dan die melakukan satu hayunan selaju 80km/j kearah buah kelapa tadi..hanya dengan sekali hayunan,buah kelapa tadi sudah terbelah dua dan jari telunjuk Tipah pun terbelah dua..eh2,bukan trbelah dua ,tapi just terbelah cam kene pisau..namun lukanya agak besar sehinggakan darah tidak berhenti2 keluar..Tipah tidak sempat mengumpul darah yg keluar tadi untuk didermakan kepada hospital berdekatan..Tipah dengan selambanya dan tanpa rasa sakit membasuh jarinya dengan air paip dan mencari ubat gamat..Tipah juga menggunting sedikit kain sarung emaknya yang tersidai di ampaian dan membalut lukanya..luka di jari Tipah akhirnya sembuh selepas 3 hari..jari Tipah masih lagi berfungsi seperti biasa namun terdapat sedikit parut yang tidak nampak di mata orang,tapi nampak di mata Tipah..

sekian kisah zaman kanak-kanak Tipah..
peringatan dari penerbit :cerita ini tidak ada kaitan dengan Tipah yang sudah mati..

p/s: Tipah,kalau nak saya post lebih banyak cerita tentang anda,saya "up'kan upahnya mekdi + kepsi 2 kali smggu..

4 comments:

bali hambali said...

gile parut..die ni mafia ke

Bijen M. said...

wow..
moralnya tipah seorang yang taf..

limauais said...

@bali--> saudari tipah ini bukanlah seorang mafia namun sekarang tipah merupakan seorang wanita melayu terawal.die tersangatlah ayu ,malah lebih ayu dari ayu..sekian..

@bijen-->tipah tidaklah setaf yang disangka namun sekarang tipah mengamalkan senaman berat 20 kali sehari..

Bijen M. said...

"tipah tidaklah setaf yang disangka.."
maknanya ketafan tipah tak dijangka..
maknanya ketafan tipah melebihi ketafan perempuan normal..
o0o0o0o..