Sunday, October 26, 2008

SpeCiaL TuToRiaL

siapakah dolah???

saya masih tertanya-tanya siapakah dolah yang sebenarnya.adakah beliau hanyalah khayalan semata-mata atau adakah seperti chipsmore yang sekejap ade,sekejap tiade.beliau sangatlah pemes dikalangan orang kebanyakan sehingga kepemesannya mengalahkan calon-calon yang bertanding utk MPP..

berhubung dengan isu dolah[bakal menjadi isu di Dewan Rakyat] yang telah hangat diperkatakan di cenel dan juga blog terutamanya blog asam dan yap,saya ingin memberikan tips yang agak berguna untuk diaplikasikan kepada sesiapa sahaja [terutama buat dolah]..

sila baca dengan teliti..

............................................................................................................

Hati2 dengan si dia jika…

  • si dia terlalu cepat memberitahu anda bahawa si dia ingin menjalinkan hubungan serius dengan anda. Misalnya baru 3 hari sudah bercakap soal cinta & sayang.. Nampk mcm penipu je kn…?
  • mulut kata sayang & cinta tetapi tidak pernah mengambil berat soal anda malah bersikap mementingkan diri pula.
  • ada sahaja alasannya apabila anda meminta pertolongan. Sekiranya dia menolong skalipun hanya lah buat secara ala kadar sahaja untuk mengambil hati anda.
  • agak berkira sedikit dalam soal kewangan. Wlaupun masing2 telahbekerja namun apabila keluar makan bersama, hari ini si dia belanja anda namu, dia mula mengharapkan anda pula membelanja nya keesokan harinya..
  • si dia mengajak anda melakukan perkara yang si dia suka sahaja tanpa mempedulikan anda suka atau tidak apa yang dilakukannya.Jika anda tidak menyukai aktiviti yang akan dilakukan bersamanya,si dia tetap memaksa anda mengikutnya.
  • si dia cuba mengelak jika ditanya tentang alamat rumah dan hanya memberitahu secara umum sahaja. Begitu juga sekiranaya anda mahu tahu nombor telefon rumah & nombor telefon nya yg lain untuk dihubungi, si dia sama sekali tidak akan memberinya. Jika ikhlas, mengapa perlu berselindung..?
  • si dia tidak pernah menceritakan tentang status dirinya. Apabila ditanya si dia akan berkata ” saya mana ada gf..siapalah yang hendakkan saya”. Tetapi telefonnya tidak pernah berhenti dr menerima panggilan @ sms. Si dia akan merampas telefon cepat2 jika anda cuba membantunya menjawab panggilan telefon @ membaca sms.Selepas itu,setiap kali bersama anda,telefonnya akan dimatikan.. Faham2 je la…
  • si dia jarang menghubungi anda apabila tidak bersama anda dan memberi alasan sibuk untuk tidak keluar bersama anda.
..................................................................................

selamat mencuba..

p/s: utk maklumat tambahan tentang dolah,sila rujuk blog YAP dan ASAM..

4 comments:

maikel said...

dari sumber manakah anda dapat membuat kesimpulan ini....
adakah anda telah membuat kajian mendalam tentang perilaku manusia...
jikalau ini semua hanyalah anggaran maka ia tidak benar....

Anonymous said...

ternyata..dolah di blog ini sangat2 ditokok tambah..
jgn cuba utk mmftnah dolah andai saudari tidak mngenali diri bliau

limauais said...

kepada saudara maikel rossi,saya tidaklah membuat kesimpulan namun itu hanyalah pandangan saya..jika saudara maikel merasakann anggaran tersebut sememangnya 100% tidak benar,maka saya berbesar hati sekiranya saudara asam sudi memberikan pendapat yang lebih bernas..
kepada saudara yap,saya sememangnya tidak mengenali dolah,namun saya tidak berniat untuk memfitnah dolah atau sesiapapun..dan saya ingin sekali mendengar cerita yg sebenarnya..
sekian..

Anonymous said...

hanya jauhari mengenal manikam,
hanya dolah yg mengenal dolah 2...
ish3...