Sunday, April 25, 2010

sometimes we neglect the small thing

/credit from here/

Sekumpulan pelajar telah ditanya agar menyenaraikan “7 Keajaiban Di Dunia“. Walaupun banyak pendapat yang diberikan, berikut merupakan undian terbanyak untuk senarai “7 Keajaiban Di dunia”.

1. Egypt’s Great Pyramids 2. Taj Mahal 3. Grand Canyon 4. Terusan Panama 5. Bangunan Empire State 6. St. Peter’s Basilica 7. Tembok Besar China

Semasa sedang mengumpul undian, cikgu tersebut sedar masih ada seorang lagi pelajar yang tidak menghantar undiannya. Maka, beliau pun bertanya sekiranya pelajar tersebut mempunyai sebarang masalah.


Pelajar tersebut berkata, “Ya, saya ada sedikit masalah dengan senarai yang saya buat. Saya tidak boleh nak menyenaraikannya kerana kejaiban di dunia ini terlalu banyak.”

Cikgu tersebut pun berkata, “Eum, jadi beritahulah apa yang telah kamu senaraikan setakat ini supaya kami boleh bantu kamu.”


Pelajar tersebut menganggukkan kepala, kemudian membaca senarai yang dibuat, “Saya rasa, “7 Keajaiban Dunia” adalah:
1. dapat melihat

2. dapat mendengar

3. dapat menyentuh

4. dapat merasa

5. dapat berkata-kata

6. dapat ketawa

7. dan merasai rasa dicintai.


Suasana di kelas tersebut senyap seketika. Perkara yang selama ini kita anggap biasa dan kita terlepas pandang sebenarnya adalah sebenar-benar keajaiban!

Pengajaran manis untuk dirasai:

Perkara yang paling berharga dalam kehidupan kita tidak dapat dibina oleh jari-jemari kita atau dibeli oleh sesiapa sahaja.

4 comments:

kuyam said...

yg disenaraikan itu adalah lebih kpd 7 keajaiban manusia...kan?

z.a.z said...

nice sharing :)
zureenchan likes this :P

Bijen M. said...

Oh oh.
Kenal Pencipta, kenal dicipta.
Nice!

limauais said...

i@kuyam:in reality,mmg lebih dr 7.berjuta2 mgkin :)

@zureen:hehe.mcam fesbuk lak.

@bijen:tenkiyu.peringatan tuk diri sndiri dan yg len ^_^