Monday, October 26, 2009
mereka juga ingin normal
waktu : 530 pagi
dia : akak nak balik kemane ni?
saya : akak nk balik ke XxX
dia : kat mana tuh?
saya : kt jalan on the way nk pegi Zzz
dia : ooo..tau2..
saya : rumah kat mana ni?
dia : kat belakang Caltex nun..
saya : tunggu sape ni pagi2?
dia : tunggu kawan dari KL.die telefon sruh datang ambik dia kat sini..
saya : ooo..dari pukul berapa lagi tunggu ni?
dia : pukul 11 malam
saya : balik la rumah dulu,lama kena tunggu..tak sampai2 pon kawan..
dia : eh,takpe2..nanti sampaila die..
pon3x..ayah dah sampai..bukan kawan dia k..huhu..
dalam kereta..
ayah : laa..kenapa tegur dia?tak takut ke?
saya : die tak kacau orang kot.takpela,saje nk tau kenapa die selalu datang kt stesen bus atau tempat bus berenti..kalo ade bus,ade la muke die,pkai hensem2 plak tuh..
ayah : yela tapi awak tu anak dara,kang die culik,baru tau takot..
saya : hehehe...
Friday, October 23, 2009
lain di mulut,lain di hati
inilah perempuan..
1.Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!
3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.
4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?
7. Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you la. Rasa macam nak jadi awek you je.
8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
tapi tak semua perempuan macam ni..jadi,jangan terasa or tersinggung dengan post ini wahai teman2 wanitaku..peace!!
nota kuman:i'm going home..don't miss me..hahaha..
Wednesday, October 21, 2009
tempat kelahiranku
walau tidak sebesar istana
walau tidak semewah banglo menteri
walau tidak ber'aircond' seperti apartment di bandar
aku masih bangga dengannya
masih menggunakan kipas siling
masih menggunakan sumber dari air telaga
masih utuh berdiri dengan dinding papan dan batu
aku bangga dengannya
kerana dialah tempat kelahiranku
Friday, October 16, 2009
anak keling
kenapa?
sebab ayat yang digunakan selalu terbelit-belit dan sukar difahami umum..
saya rasa saya kena belajar Bahasa Malaysia kembali..
anda faham apa yang saya cuba terangkan disini?
tak faham??
saya rasa saya memang anak keling..
Tuesday, October 13, 2009
Sayang kamu
sayang Allah
sayang ibu bapa
sayang kawan2
sayang binatang peliharaan
sayang dota
dll..
rasa sayang itu kdg2 diekspresikan melalui :
1)kata2 : "saya sayang mak saya.."
2)perbuatan : "nah,bunga special tuk awak ---<@ ..hehe.."
namun kadang2 orang tidak menunjukkan rasa sayangnya secara terbuka..
jadi,jangan cepat merajuk atau melatah sekiranya anda rasa anda tidak disayangi.. mgkin di kemudian hari,ada kejutan buatmu daripada org yg menyayangimu ^_^
Saturday, October 10, 2009
orang minyak mengganas
tunggu dulu..cuba yang ini :
1.Sediakan selembar kertas dan pen, kemudian buatlah tulisan sesuka hati anda.mungkin berbentuk coretan, gambar, atau puisi.lepaskan geram anda di atas kertas itu..kemudian koyak atau bakar kertas tersebut..
2.Kunyah gula-gula getah.seolah-olah benda yang ada dalam mulut tersebut adalah sesuatu atau seseorang yang telah membuat anda marah.kunyah sehabis kuat mungkin..kemudian ludah ke dalam mangkuk tandas dan flush..lega..
3.Berendam dalam kolam atau berenang gaya ikan duyung.sambil2 itu,berteriaklah sekuat mungkin.bayangkan yang anda marahi itu adalah orang atau benda yang anda tidak suka..
4.Tukar semua posisi kamar atau buang perabot yang anda rasa menyemak je dalam bilik.buatlah suasana yang baru dan itu akan membantu anda untuk melupakan amarah anda.
5.Ceritakan semua keluh kesah anda pada seseorang atau haiwan peliharaaan anda yang dapat dipercayai dan mahu mendengar semua cerita anda.
6.Tidur..sebelum itu,jangan lupa baca doa sebelum tidur dan bisikkan dalam hati anda "saya seorang yang baik,saya tak akan marah sesiapa lagi"..
~selamat mencuba~
bermula di MIRC
setelah sekian lama berhubung melalui MIRC,mereka berkenalan di alam realiti..
rupa-rupanya lelaki itu pengawas kelasnya..
hatinya bertambah girang..
diintai lelaki itu dari jauh,kadang2 cuba melarikan diri kerana perasaan malu yang menebal..
lelaki itu baik,penyayang dan mengambil berat..
temanku menyimpan perasaan terhadap lelaki itu..
namun kerana gosip2 liar,temanku disangka sudah mempunyai teman lelaki..
lelaki itu sudah tidak semesra dulu..
mungkin menjauhkan diri kerana mempercayai temanku sudah punya teman lelaki..
akhirnya lelaki itu berpindah ke SBP kerana mendapat keputusan PMR yang cemerlang..
temanku berusaha belajar bersungguh-sungguh,mahu berdiri sama tinggi dengan lelaki itu..
sehinggalah lelaki itu akhirnya berjaya ke sebuah universiti tempatan..
temanku berusaha keras lagi dan berjaya juga ke universiti yang sama..
lelaki itu menolongnya membekalkan nota-nota,membeli tiket balik kampung..
temanku masih punya hati terhadap lelaki itu..
apakan daya,temanku tidak berani meluahkan perasaannya..
penantiannya selama 7 tahun akhirnya tidak berguna..
lelaki itu sudah punya kekasih hati..
Thursday, October 8, 2009
again and again
yeah..very nice~
and my session is on 28th nov - 4th dis (1 day after raya haji)
yeah..very nice~
all my planings to be done after raye got spoiled
yeah..very nice~
Sunday, October 4, 2009
masih lagi bulan Syawal
kenape ye?mungkin sebab :
1.kondisi mak yg x sehat sgt
2.kesian tgok ayah trhencot2 sbb gout
2.taun ni adew tok mek sorang je
3.xramay sdare dtg raye kt umah (mybe sbb nenek ngan tok ayah da xde)
tapi raya haji nk kasik gempak cket boley?
ayah : kite buat bju raye haji sedondon nak?
me : nakkkk!!!
nota kecil : famili xpenah raye pkai bju sdondon k..
mse nk balik UTP
ayah : kakak xnk bwak ke kasut tinggi tuh?
me : hehe..malu la nk pakai kt sane..
nota kecil lagi : ayah tak tau kasut tinggi itu sbenarnya org pggil wedges..mne la ayah penah tgok anak dara die ni ad kasut cantek mcam tu..hahaha..
ooohh...i miss my home T_T