Wednesday, October 29, 2008

KhaS uNTuk TipaH

Rakan-rakan sekalian,masihkah kamu ingat tentang zaman muda2 mu dulu?
saya ingin sekali berkongsi cerita zaman kanak-kanak si Tipah[bukan nama sebenar] dimana Tipah rasakan agak menarik walaupun saya sendiri merasakan ceritanya tidak menarik langsung..
namun,kerana Tipah sudah berjanji untuk belanja saya makan mekdi seminggu sekali sehingga penghujung semester,maka saya dengan berat hatinya menulis post ini special untuk Tipah..

kata Tipah
masa umur 3 tahun,dia pernah jatuh dari tingkap..alkisahnya,pakcik Tipah yang masih lagi bujang telah ditugaskan oleh emak Tipah untuk menjaga Tipah selama beberapa jam..namun,pakcik Tipah terlalu leka dengan pspnya dan Tipah yang ketika itu sangatlah hiperaktif telah memanjat tingkap yang terbuka luas untuk mengambil angin..setelah 3 jam bermain psp,maka barulah pakcik Tipah menyedari Tipah sudah tiada di sisi..pakcik tipah segera memanggil nama Tipah..pakcik Tipah juga cuba menghubungi handset Tipah,namun tidak berjawab..pakcik Tipah sudah mencari Tipah di seluruh kawasan rumah,di dalam tandas,bawah carpet,dalam tong sampah,dalam almari,di tali ampaian, namun tidak ketemuan juga si Tipah..tiba-tiba,pakcik Tipah tergerak hati untuk menjengok di tingkap rumah yang sebesar pintu almari..pakcik Tipah ternampak Tipah sedang tertiarap di atas tanah..
cerita selanjutnya yang diberitahu oleh Tipah yang diforwardkan dari emak Tipah ialah dia masih lagi hidup dan tidak mengalami apa-apa kecederaan dalaman ataupun luaran..[nasib baik la Tipah]

kata Tipah lagi
parut terkena kapak semasa umur 6 tahun masih lagi ada di jari telunjuk Tipah.alkisahnya,emak Tipah nak masak gulai ayam,maka santan amatlah diperlukan..maka ayah Tipah yang merupakan seorang suami mithali segera mencari buah kelapa.kata Tipah,emaknya tak pernah menggunakan santan segera sebab kata emak Tipah nanti tak sedap masakan.akhirnya ayah Tipah berjaya mencari sebiji buah kelapa yang tiba-tiba jatuh tergolek dari mana entah.dengan machonye ayah Tipah mengambil sebilah kapak dan membotakkan buah kelapa tadi..tiba-tiba ayah Tipah mendengar seruan dan meninggalkan buah kelapa yang separuh botak tadi.Tipah yang berasa bertanggungjawab untuk membantu ibu bapanya segera mengambil kapak tadi dan die melakukan satu hayunan selaju 80km/j kearah buah kelapa tadi..hanya dengan sekali hayunan,buah kelapa tadi sudah terbelah dua dan jari telunjuk Tipah pun terbelah dua..eh2,bukan trbelah dua ,tapi just terbelah cam kene pisau..namun lukanya agak besar sehinggakan darah tidak berhenti2 keluar..Tipah tidak sempat mengumpul darah yg keluar tadi untuk didermakan kepada hospital berdekatan..Tipah dengan selambanya dan tanpa rasa sakit membasuh jarinya dengan air paip dan mencari ubat gamat..Tipah juga menggunting sedikit kain sarung emaknya yang tersidai di ampaian dan membalut lukanya..luka di jari Tipah akhirnya sembuh selepas 3 hari..jari Tipah masih lagi berfungsi seperti biasa namun terdapat sedikit parut yang tidak nampak di mata orang,tapi nampak di mata Tipah..

sekian kisah zaman kanak-kanak Tipah..
peringatan dari penerbit :cerita ini tidak ada kaitan dengan Tipah yang sudah mati..

p/s: Tipah,kalau nak saya post lebih banyak cerita tentang anda,saya "up'kan upahnya mekdi + kepsi 2 kali smggu..

Sunday, October 26, 2008

SpeCiaL TuToRiaL

siapakah dolah???

saya masih tertanya-tanya siapakah dolah yang sebenarnya.adakah beliau hanyalah khayalan semata-mata atau adakah seperti chipsmore yang sekejap ade,sekejap tiade.beliau sangatlah pemes dikalangan orang kebanyakan sehingga kepemesannya mengalahkan calon-calon yang bertanding utk MPP..

berhubung dengan isu dolah[bakal menjadi isu di Dewan Rakyat] yang telah hangat diperkatakan di cenel dan juga blog terutamanya blog asam dan yap,saya ingin memberikan tips yang agak berguna untuk diaplikasikan kepada sesiapa sahaja [terutama buat dolah]..

sila baca dengan teliti..

............................................................................................................

Hati2 dengan si dia jika…

  • si dia terlalu cepat memberitahu anda bahawa si dia ingin menjalinkan hubungan serius dengan anda. Misalnya baru 3 hari sudah bercakap soal cinta & sayang.. Nampk mcm penipu je kn…?
  • mulut kata sayang & cinta tetapi tidak pernah mengambil berat soal anda malah bersikap mementingkan diri pula.
  • ada sahaja alasannya apabila anda meminta pertolongan. Sekiranya dia menolong skalipun hanya lah buat secara ala kadar sahaja untuk mengambil hati anda.
  • agak berkira sedikit dalam soal kewangan. Wlaupun masing2 telahbekerja namun apabila keluar makan bersama, hari ini si dia belanja anda namu, dia mula mengharapkan anda pula membelanja nya keesokan harinya..
  • si dia mengajak anda melakukan perkara yang si dia suka sahaja tanpa mempedulikan anda suka atau tidak apa yang dilakukannya.Jika anda tidak menyukai aktiviti yang akan dilakukan bersamanya,si dia tetap memaksa anda mengikutnya.
  • si dia cuba mengelak jika ditanya tentang alamat rumah dan hanya memberitahu secara umum sahaja. Begitu juga sekiranaya anda mahu tahu nombor telefon rumah & nombor telefon nya yg lain untuk dihubungi, si dia sama sekali tidak akan memberinya. Jika ikhlas, mengapa perlu berselindung..?
  • si dia tidak pernah menceritakan tentang status dirinya. Apabila ditanya si dia akan berkata ” saya mana ada gf..siapalah yang hendakkan saya”. Tetapi telefonnya tidak pernah berhenti dr menerima panggilan @ sms. Si dia akan merampas telefon cepat2 jika anda cuba membantunya menjawab panggilan telefon @ membaca sms.Selepas itu,setiap kali bersama anda,telefonnya akan dimatikan.. Faham2 je la…
  • si dia jarang menghubungi anda apabila tidak bersama anda dan memberi alasan sibuk untuk tidak keluar bersama anda.
..................................................................................

selamat mencuba..

p/s: utk maklumat tambahan tentang dolah,sila rujuk blog YAP dan ASAM..

#july06

>>jom dengar versi ketiga pengenalan cenel #july06 [dari pandangan mata limauais]
p/s:versi pertama dan kedua dapat dilihat di blog yap dan asam

>>saya ingin memperkenalkan beberapa budaj2 yg saya kenali yg selalu bermain2 di cenel #july06

oompa_lompa
saya pernah join satu event skali dgn oompa,saya org bawahan dan dia org atasan..oompa juga seorang yg mesra orgnye..die selalu menyapa saya di cafe,di tangga blok atau dimana-mana sahaja kami bertemu..sekarang,oompa sudah jarang msuk cenel..mungkin oompa sedang membuat preparation for the final..

yap
yap yang saya kenali juga seorang yang mesra.yap meminati seorang awek iaitu ********.yap juga dikaitkan dengan dolah[sila rujuk blog asam].saya tidak mengetahui sama ada dolah itu adalah yap sendiri ataupun saudara mara terdekat ataupun osmet beliau..hal ini akan diperjelaskan oleh asam dan yap sendiri..yap sekarang sedang belajar mnjadi kakiphoto atau adakah ini scam semata2??

TPK
saya mengenali tpk melalui blog beliau dan saya ingin memberitahu anda sekalian bahawa TPK sudah ada seorang awek.sekarang tpk sedang berusaha dengan gigih untuk meraih undi daripada pelajar-pelajar utp untuk merebut jawatan presiden mpp.saya dapat melihat wajah TPK yg begitu berdedikasi sekali di poster2 yang dilekatkan di merata-rata tempat sekitar utp.
Hidup TPK!!!


aalim
abg alim..itulah pnggilan yg diberikan oleh saya sendiri kepada aalim..beliau sudah berada di tahun akhir..saya mengenali aalim melalui kawan saya.kawan saya memuji aalim dan mengatakan beliau seorang yg baik hati.abg alim juga terkenal dengan nekbaknye..saya sendiri sudah merasa nekbak abg alim yg dibawa dari terengganu..papepon,terima kasih abg alim..

AaBa
saya mengenali aaba dari kawan saya juga.,seorang yg busy..AaBa merupakan org kuat FIRC.saya ingin sekali pergi intbiu firc tetapi tidak berkesempatan..saya sudah mengenali AaBa tetapi beliau tidak kenal siapa saya..tidak mengapa kerana saya seorang yang low profile.

Kekuatan
kekuatan juga dikenali sebagai abang sogeking@amal.abang kekuatan sering mengajak saya bermain bedminten untuk mnurunkan berat badan yang telah naik setelah dua bulan tidak berjoging di tasik.namun saya terpaksa menolak pelawaan abang sogeking kerana ada hal yang tidak dapat dielakkan pada masa tersebut..lain kali ye abang kuat..

asam
asam ataupun maikel..pengasas blog kelahiran suara di awangan.asam juga sekarang sedang membiasakan diri untk menjadi kakiphoto sperti yap.saya pernah terserempak asam dan yap yg baru pulang dari tasik sambil membawa kamera di tangan masing2.kalau tak silap saya,asam sudah menjadi komiti firc..betolkah?

Redhairshanks
juga dikenali sebagai bali..gelaran tuks pula sangat familiar dengan bali di dalam cenel..

Virus_abnormal
juga dikenali sebagai adam..walaupun beliau sangatlah tinggi orangnye tetapi saya hanya beberapa sentimer lebih rendah sedikit darinya..

wadefak
dikenali sebagai teng.baru-baru ini,wadefak ada affair dengan funeral-for-a-fren..haha..jgn marah ye teng..tidak byak yg dapat saya perkatakan ttg wadefak..

Pd
saya tidak mngenali pd itu siapa.namun,apa yang dapat saya ceritakan sedikit ttg pd :pd terer main gamelan dan baru2 ini,pd busy dengan ESQ.huraian lebih lanjut tentang beliau akan disambung dikemudian hari apabila saya mengenalinya..

Teruterubozu
kak teruterubozu seorang yg manis orangnya..saya cuma pernah terjumpa dengannya sekali,itu pun secara kebetulan..quit msge beliau :minna..i'm backk!!!

sYncmasT3r
juga dikenali sebagai deng atau abe deng..saya juga mengenali beliau melalui blog beliau dan cenel #kelate..

deboosh
kanak-kanak riang yg dipnggil bell..satu batch dan satu blok dgan saya..menjadi tumpuan ramai dalam cenel..

Mashi_maro
saya tidak berapa mengenali mashi_maro.jadi tidak banyak juga yang dapat saya perkatakan tentangnya..

kOmOdO^lion
dikenali sebagai apih.dulu pernah bermastautin di v5,sekarang die telah berpindah ke v4..kalau tak silap,apih dan adam pernah join ihack cmptition,dgan abg alim skali kan....


sang^ombak

nick ini tidak ada kaitan langsung dengan rambut sang^ombak yang tidak berombak namun sang^ombak ataupun lebih dikenali sebagai bijen merupakan antara pemblogger yang bleh diberikan ucapan wel dan..saya tidak tahu adakah saudara bijen merupakan otai #july06 atau tidak kerana saya merupakan pendatang baru dalam cenel tersebut..tidak banyak yang saya tahu tentang sang^ombak namun tambahan mengenai dirinya dibuat atas permintaan beliau..huhu..

budaj2 lain

kokiko
farah-sama
bleu @ Evans

budaj dari v3
pinky_cherry : pernah ditawarkan untk menjadi adik angkat ayu dan asam juga cuba menekel beliau

budaj dari v4
prince_lolipop

aweks baru cenel
to0thEw : diminati ramai terutamanya yap.wiwittt.seorang yang aktif di dalam cenel sekarang.
xoxo
suju:sering menerima pelawaan untuk dinner/lunch date
funeral-for-a-fren : bertanggungjawab untuk mengadakan funeral kepada ahli cenel yang berpura-pura mati

>>sekian pengenalan serba sedikit tntang pengunjung setia #july06..jika ada maklumat yang tersengaja dipesongkan kebenarannya diatas,sila maafkan saya..maklumat ttg diri anda adalah dari pandangan seorang yg nubs..
Sekian..

sEsI SUaikeNaL

ingin sekali saya mgintroducekan diri saya ini sebelom menulis lebih byak post..

hal ini kerana saya ada mendengar pepatah yang mengatakan "kalau tak kenal,maka tak cinta,kalau tak cinta maka menyampah"..

nama timangan dalam cenel : limauais
cos : EE
batch : same ngan Bel
tinggi: rendah ckit je dari adam
saiz slipar: same saiz ngan SMALLFOOT
perwatakan:pendiam,pemalu,very nubs,mudah kene sekem

sekian sesi suaikenal dari saya..
maklumat yang lebih lanjut trpaksa dirahsiakan demi menjaga ketenteraman hidup saya kerana saya tidak sepemes shaqifah,tidak secun dekni + bel +jo,tidak sekretip yap+abg alim+adam+kuat dll dan banyak lagi perkara saya tidak se_____ [isi tempat kosong dgn jwapan yg betol] orang lain..

sekian,trimas..

aaaaaaaaaaaaaaaaaa....

saya ingin meminta maaf kerana terlalu lambat memberi link blog saya kepada anda-anda sekalian.
aaaaaaa.....saya telah terdelete blog yang telah saya buat beberapa minggu yang lepas..
nk aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sekali lagi..

okey,cool downn..tarik napas,hembus balikk..
daahh...

sebenarnya saya teringat janji[scamkah?] dengan asam untuk membuat satu blog dan menjadikan beliau sebagai sifu saya..rasanya asam juga sudah melupakan janji saya ini..

tambahan pula,saya merasa sangat cemburu dengan yap,abe deng,abg alim,asam,kuat,bali,abi dan lain2 kerana mereka mempunyai sebuah blog yang cemerlang..
dan saya fikir saya juga perlu membuat langkah pertama[stepone] dengan menjadikan mereka2 sebagai sumber inspirasi saya untuk menulis blog...

untuk itu,saya ingin meminta tunjuk ajar dari otai2 blog sekalian untuk membantu saya menghasilkan sebuah blog yang wel`dan..

p/s:blog ini dihasilkan special untuk budaj2 cenel #july06..(^^,)