Friday, October 28, 2011

Haji atau umrah dulu?

Jika diizinkan olehNya,insyaAllah saya nak haji dulu.

Masa balik rumah haritu,ada la crita pasal nak pegi haji kat mak ngan ayah.
pastu ayah cakap eloklah pegi haji awal2..sebabnya:

1.dah lengkap satu rukun islam iaitu mengerjakan haji di baitullah
kata ayah: umrah tu sunat dan bila2 masa boleh buat tapi haji ni wajib jika kita berkemampuan.dan time haji pon boleh buat umrah skali kalau ada kesempatan waktu.

2.time muda tang2 camni lah kita larat secara fizikalnya dan batinnya nak buat ibadah2 haji
kata mak: kalau nak tunggu tua baru nak pergi haji,kita yakin ke kita mampu nak tawaf,saie dan sebagainye?kalau yg dah ada famili,pikir pasal nk tinggal anak2,kalau ada anak kecik lagi la susah..last,kita tak tau hayat kita masih panjang atau tidak bukan..

3.jangan jadikan alasan "tak ready lagi" bila Allah dah panggil kita ke rumahNya
kata saya: mungkin ramai nak pegi umrah dulu sebab nak prektis,nk bersiap sedia dulu.pada pendapat saya la,kalau ikotkan hati sampai bila2 pon kita tak ready kan :) kalau dah register dgn Tabung Haji dan nama tercalon untuk rombongan haji,ape lagi,jangan lepaskan peluang emas ni.


alhamdullillah mak dan ayah dah selamat mengerjakan haji 12 tahun lepas.
jadi giliran saya dan adik beradik pulak insyaALLAH.
misi seterusnya,daftar dgn Tabung Haji,kerja,kumpul duit banyak2 dalam akaun bank dan tunggu turn.kalau ada rezeki lebih nanti,boleh bawak satu famili buat haji insyaAllah :)

No comments: